Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Piala Futsal Keputeraan 2022 kembali

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun, Kejohanan Piala Futsal Keputeraan 2022 akan berlangsung bermula 28 Ogos hingga 11 September di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam.

    Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan jawatankuasa kejohanan tersebut diadakan bagi menentukan pembahagian kumpulan yang akan berentap. Perjumpaan tersebut diadakan di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara semalam.

    Sebanyak 28 pasukan dibahagikan kepada tujuh kumpulan akan menyertai kejohanan futsal tersebut.

    Hadir pada perjumpaan tersebut ialah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Futsal Keputeraan 2022, Rosdin bin Haji Abdul Aziz. Turut hadir Pengerusi Bersama Perlawanan, Stanley Lim Hock Chim dan Firoz Khan Namroz Khan

    “Ramai yang menantikan kejohanan futsal ini diadakan yang hanya diadakan sekali dua tahun,” kata Rosdin semasa ditemubual.

    “Kejohanan sepatutnya diadakan pada 2020 tetapi wabak COVID melanda seluruh.”

    “Kejohanan futsal ini memberi peluang untuk mengembangkan sukan tempatan dan mengeratkan silaturahim antara pemain,” tambah Stanley.

    Kejohanan Piala Futsal Keputeraan 2022 dianjurkan oleh Jawatankuasa Futsal Keputeraan 2022 dengan didukung oleh Persatuan Bolasepak Negara Brunei Darussalam (FABD). Kali terakhir kejohanan diadakan pada tahun 2018 di mana Pasukan Almerez dinobatkan sebagai juara.

    Wakil kelab-kelab futsal bersama Jawatankuasa Futsal Keputeraan 2022 semasa bergambar ramai.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...