Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Piala Golf BMW kembali meriah

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan QAF Auto dan Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Piala Golf BMW yang amat dinanti-nantikan di Brunei telah dianjurkan buat pertama kali oleh QAF Auto pada 17 dan 18 September 2022 lalu di Royal Brunei Golf and Country Club  setelah terhenti buat seketika waktu akibat pandemik COVID-19.

    Dianjurkan secara eksklusif bagi para pemilik BMW, lebih daripada 130 pelanggan telah menyertai salah satu kejohanan golf amatur yang paling berprestij di negara ini.

    Selain bersaing untuk merebut gelaran berprestij, pemain golf berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk BMW 5 Series Sedan dan jam tangan Omega Master Co-Axial Chronometer.

    “Bagi pihak QAF Auto, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pelanggan kami kerana menyertai kami di Piala Golf BMW tahun ini,” kata Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    “Sungguh teruja melihat ramai orang berseronok di padang golf sekali lagi dan mengambil bahagian dalam beberapa persaingan yang sihat.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Albert Lau dan Alisa Khoo bergambar bersama pemenang Kategori Lelaki A dan B pada majlis penyampaian hadiah kejohanan.
    Albert Lau menyampaikan cenderahati kepada Pengiran Azaleen semasa kejohanan Piala Golf BMW yang berlangsung baru-baru ini.
    Gambar ramai pemain bersama Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar pada hari kedua kejohanan Piala Golf BMW yang berlangsung di Royal Brunei Golf and Country Club.
    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bergambar bersama kumpulan pemain dalam kejohanan golf berkenaan.
    Alisa Khoo bergambar bersama pemenang Kategori C Wanita, Hajah Rusni pada acara itu.

    ATAS & BAWAH: Aksi-aksi para pemain yang menyertai perlawanan tersebut baru-baru ini.

    “Piala Golf BMW adalah mengenai membina semangat keakraban dalam kalangan pemilik BMW, bertemu rakan baharu dan berhubung semula dengan rakan lama.

    “Kami bersyukur kerana berpeluang memberikan pelanggan kami satu lagi hujung minggu untuk dikenang dengan jenama BMW dan kami berharap dapat menganjurkan lebih banyak acara pada tahun-tahun akan datang,” tambah Khoo.

    Terdapat empat kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut. Kategori A Lelaki telah dimenangi Lai Suan Loong dan Alias Ramlee menjuarai Kategori Lelaki B. Manakala Kategori C Wanita dimenangi Hajah Rusni binti Haji Lamat dan Jeffrey Chia pula menjuarai Kategori Lelaki D.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan ikut serta dalam kejohanan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah Naib Presiden BDGA, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar; Setiausaha Kehormat BDGA, Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha; dan Pengurus Besar Syarikat National Insurance, Klaus Tomalla.

    QAF Auto telah menganjurkan Piala Golf BMW sejak lebih daripada 20 tahun yang lalu, dengan objektif untuk meraikan permainan golf di samping memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelanggan mereka yang paling setia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...