Piala Itali: Spezia kejutkan Roma

ROM, 20 JAN – Spezia akan bertemu menentang Napoli di suku akhir Piala Itali minggu depan setelah menang 4-2 ke atas Roma yang beraksi dengan sembilan pemain semalam.

Pasukan Vincenzo Italiano berjaya melangkah ke suku akhir di mana dua gol dijaringkan pada masa tambahan.

Roma ketinggalan dua gol pada minit ke-15 melalui sepakan penalti Andrey Galabinov dan jaringan cantik oleh Riccardo Saponara.

Namun Lorenzo Pellegrini merapatkan jurang untuk pasukan tuan rumah sebelum rehat dan Roma berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi jaringan Henrikh Mkhitaryan.

Roma kemudian terpaksa beraksi dengan sembilan pemain dua minit pada masa tambahan ketika Gianluca Mancini dilayangkan kad kuning kedua dan kemudian penjaga gawang, Pau Lopez dilayangkan kad merah.

Daniele Verde sekali lagi meletakkan Spezia di depan pada minit ke-107 dengan tandukan yang baik sebelum Saponara melengkapkan kemenangan selesa untuk pasukan tuan rumah menerusi jaringan cantik satu minit sebelum perlawanan berakhir. Perlawanan suku akhir akan ditentukan esok selepas perlawanan antara Lazio dan Parma. – AFP