Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Piala Jerman: Dortmund, Bayern terus mara

    BERLIN, 13 Ogos – Jaringan hatrik Pierre-Emerick Aubameyang dan ledakan dari Robert Lewandowski menyaksikan Borussia Dortmund dan Bayern Munich mara ke pusingan kedua Piala Jerman, semalam.

    Dormund selaku juara bertahan membenam pasukan Riesalingen-Arlen 4-0 manakala Bayern menjamin kemenangan 5-0 ke atas kelab divisyen ketiga, Chemnitz.

    Sepakan percuma yang melantun membenarkan Lewandowski membuka tirai jaringan Bayern pada minit ke-20 dengan pasukan juara Bundesliga itu sekali lagi menambah jaringan menerusi serangan balas sebaik saja babak kedua bermula sebelum Kingsley Coman menambah derita lawan.

    Rekod pembelian terbaru Bayern, Corentin Tolisso membantu jaringan ketiga yang melakukan hantaran rendah bagi membenarkan Lewandowski meledak gol keduanya pada perlawanan itu.

    Bermain tanpa tekanan, Franck Ribery menambah jaringan buat Bayern pada minit ke-79, disusuli Mats Hummels menanduk masuk gol kelima pasukan sejurus sebelum wisel penamat ditiup.

    Pemain dan anggota pasukan kelab bola sepak Bundesliga divisyen pertama Jerman, Borussia Dortmund bergambar ramai pada 9 Ogos 2017 di Dortmund. Dormund selaku juara bertahan membenam pasukan Riesalingen-Arlen 4-0 manakala Bayern menjamin kemenangan 5-0 ke atas kelab divisyen ketiga, Chemnitz. – AFP
    Pemain dan anggota pasukan kelab bola sepak Bundesliga divisyen pertama Jerman, Borussia Dortmund bergambar ramai pada 9 Ogos 2017 di Dortmund. Dormund selaku juara bertahan membenam pasukan Riesalingen-Arlen 4-0 manakala Bayern menjamin kemenangan 5-0 ke atas kelab divisyen ketiga, Chemnitz. – AFP

    “Perkara paling penting hari ini adalah mara ke pusingan kedua,” kata Lewandowski.

    “Ia sentiasa menjadi keutamaan untuk menjaringkan gol pertama dan ia bukanlah semudah disangka. Kami tidak mempunyai banyak ruang hari ini, Chemnitz bermain dengan corak bertahan.”

    Dortmund jelas menguasai permainan dari awal dengan pemain pertahanan, Marc Bartra membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 buat pasukan kendalian Peter Bosz tatkala Aubameyang menjadikan keputusan kepada 2-0 menerusi sepakan penalti sebelum waktu rehat permainan.

    Aubameyang menjaringkan gol keduanya pada minit ke-55 dan melengkapkan hatrik pada baki 10 minit terakhir permainan.

    “Saya sangat gembira dengan kemenangan ini,” kata Aubameyang.

    “Kami bermain seperti yang dirancang. Ini bukanlah prestasi terbaik daripada kami tetapi secara keseluruhannya kami boleh gembira dengan apa yang dilakukan hari ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda