Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Piala Keputeraan milik Kasuka & Ar Rawda

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Pasukan Kasuka & Ar Rawda muncul juara Kejohanan Futsal Piala Keputeraan 2022 selepas menewaskan pasukan Boneka FT 1-0 pada perlawanan akhir di Dewan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Manakala Sporty Guy dan Brunei 88 B berkongsi kedudukan tempat ketiga.

    Penyampaian hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matasan.

    Sementara itu, Pengerusi Bersama Pertandingan, William Ngui, Firoz Khan dan Stanley Lim menyampaikan hadiah kepada naib juara dan tempat ketiga bersama.

    Manakala Pengerusi Bersama Pertandingan, Thomas Koh menyampaikan anugerah individu.

    Mohd Fathurrahman bin Embran daripada Boneka FT telah dianugerahkan sebagai Penjaring Terbanyak manakala Maziri bin Maidin daripada Kasuka & Ar Rawda memenangi anugerah Pemain Terbaik.

    Turut hadir ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Misle bin Haji Abdul Karim.

    Pasukan Kasuka & Ar Rawda bergambar ramai bersama hadiah dan trofi selepas memenangi perlawanan akhir Kejohanan Futsal Piala Keputeraan di Dewan Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin. – Gambar serahan AJK Kejohanan Futsal Piala Keputeraan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...