BERLIN, 18 Mei – Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew semalam menamakan tujuh pemain baru untuk Piala Konfederasi di Rusia ketika juara dunia yang dilanda kecederaan itu mendedahkan skuad percubaan.
Kecederaan dan sakit mengetepikan pemain yang memenangi Piala Dunia seperti Mario Goetze, kapten Manuel Neuer dan Benedikt Hoewedes bagi persaingan dari 17 Jun hingga 2 Julai itu nanti.
Midfield Julian Weigl, 21, dari Borussia Dortmund juga direhatkan selepas mengalami keretakan buku lali Sabtu lalu.
Seperti yang dijangka, Loew memberikan reaksi dengan menamakan skuad 23 pemain yang tidak berpengalaman tanpa seorang pun dari mereka berusia lebih 30 tahun yang menumpukan pemain muda sebelum Jerman mempertahankan Piala Dunia.
Matthias Ginter, Julian Draxler dan Shokdran Mustafi yang memenangi Piala Dunia 2014 tetapi tidak seorang pun daripada mereka beraksi pada final.
Pemain sayap pasukan Ajax Amin Younes, 23, adalah antara pemain bersama penyerang Hoffenheim Sandro Wagner dan midfield Kerem Demirbay, 23, termasuk pakar sepakan bola mati dari Hertha Berlin, Marvin Plattenhardt, 25, yang beraksi sebagai pemain pertahanan.
Pada usia 29 tahun, Wagner adalah pemain dan penyerang tertua dalam skuad. Pemain Liverpool Emre Can, 23, dan Leroy Sane, 21, dari Manchester City, juga berpeluang untuk menambah kap mereka. – AFP