Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Satu dan Dua, Persatuan Bola Sepak Veteran (VFA) DST 2017 semakin rancak dengan beberapa perlawanan menarik telah berlangsung hujung minggu lepas.
Pasukan KSSK Terazza FC menang tipis ke atas Pasukan B.I.P. FT, dengan perlawanan berkesudahan dengan jaringan 2-1. Sementara Pasukan PDK AKSE Bersatu pula terpaksa akur selepas tewas kepada Pasukan XN FT dengan jaringan 3-4, dan Pasukan SMJ AH United menang mudah 5-1 ke atas Pasukan Al-Idrus SC. Pada hari Ahad lepas, Pasukan PDK HHR FT menang 3-2 ke atas Pasukan PANAGA 2000, sementara Pasukan KSSK Setia Bakti tersungkur selepas tewas 1-5 di tangan Manggis FC.
Musim Piala Presiden akan diteruskan pada petang Jumaat ini dengan menyaksikan perlawanan di antara Samudera RSC dan MPK PBV di Kompleks Sukan Menglait. Manakala KASKA akan melayan Pasukan Hikayat FC di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas.
Pasukan RB Veteran pula akan menerima kunjungan Pasukan MIX FT di Kelab Rekreasi Diraja Brunei pada petang Ahad ini.
