Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Piala Terbuka Barcelona milik Carlos Alcaraz

    BARCELONA, 25 APRIL – Carlos Alcaraz mengesahkan statusnya sebagai salah seorang pemain muda yang menarik dan berbakat dalam tenis lelaki kelmarin dengan menewaskan rakan sepasukan Sepanyol, Pablo Carreno Busta untuk memenangi Terbuka Barcelona.

    Alcaraz menewaskan Carreno Busta 6-3, 6-2 untuk meraih gelaran keempat dalam kariernya dan ketiga pada tahun ini, dengan pemain berusia 18 tahun tersebut muncul sebagai pencabar sengit untuk Terbuka Perancis, yang akan bermula di Roland Garros pada bulan hadapan.

    Selepas menang di gelanggang tenis di Miami dan Rio de Janeiro pada musim ini, Alcaraz menewaskan Carreno Busta dalam masa 65 minit untuk melengkapkan minggu yang mengagumkan di Barcelona.

    Pemain nombor ke-11 dunia berkenaan dijangka melonjak naik ke nombor sembilan pada hari ini, menjadikannya pemain termuda yang mencapai kedudukan 10 teratas sejak Rafael Nadal melakukannya pada 17 tahun lalu, selepas turut menjulang trofi Barcelona pertamanya.

    Pemain muda dari Murcisa itu sudah menyingkirkan pemain nombor lima dunia, Stefanos Tsitsipas pada suku akhir ketika hujan turun pada Sabtu lalu bermakna kemenangan yang melelahkan ke atas Alex De Minaur di perlawanan separuh akhir, yang berlangsung dalam tiga set dan 223 minit, diraih kelmarin hanya tiga jam sebelum perlawanan akhir.

    Alcaraz menyelamatkan dua mata penamat untuk menewaskan De Minaur 6-7 (4/7), 7-6 (7/4), 6-4.

    Pada teorinya, Carreno Busta sepatutnya memulakan perlawanan akhir dengan lebih awal selepas dia hanya memerlukan dua set perlawanan untuk menewaskan pemain Argentina, Diego Schwartzman tetapi Alcaraz menewaskannya untuk mengesahkan kemenangan selesa iaitu kemenangan pertamanya di laman sendiri di Sepanyol. – AFP

    Reaksi Carlos Alcaraz bersama trofi selepas memenangi perlawanan menentang Pablo Carreno Busta pada Terbuka Barcelona. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...