Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Piala You-C1000 buka tirai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Pasukan-pasukan bola keranjang tempatan memulakan aksi untuk merebut gelaran juara, Piala You-C1000 2022, yang membuka tirai perlawanan dalam majlis perasmian kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), Batu Bersurat, kelmarin.

    Hadir bagi merasmikan kejohanan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir Presiden BBA, Jake Goh serta ahli-ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

    Di majlis perasmian tersebut, dua perlawanan kategori lelaki telah diadakan dengan perlawanan pertama menyaksikan pasukan Yi’s Nation dengan mudah menundukkan pasukan Unity, 76-38, manakala dalam perlawanan kedua, pasukan TK Tea House berjaya menewaskan pasukan Fateh Sdn Bhd, 91-81.

    Dalam kejohanan itu, sebanyak 14 pasukan bertanding dalam kategori lelaki yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, D’Barkad’Z, Chill, Unity, Yi’s Nation dan Easyway. Manakala itu, kumpulan B terdiri daripada pasukan Pegasus, Propel, Fuzhou Shiyyi Association, TK Tea House dan Fateh Sdn Bhd serta kumpulan C pula menampilkan pasukan Patriots, Tropang FBC, Nuctech dan Burger King. Sementara itu, hanya tiga pasukan menyertai kategori wanita iaitu Le Doux Patisserie, GHK dan Propel Service & Trading.

    Kejohanan tahunan tersebut diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, berlangsung dari 25 Jun hingga 22 Julai dengan sokongan daripada tajaan Hui Huang Enterprise (You-C1000).

    Pengiran Mohammad Amirrizal menyempurnakan perasmian kejohanan dengan melontar bola keranjang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...