Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Piastri sangkal sertai Alpine

    PARIS, 3 OGOS – Oscar Piastri kelmarin berkata bahawa dia tidak akan menyertai Alpine di Formula Satu tahun hadapan, kurang sejam selepas pasukan itu mengumumkan dia bakal menggantikan juara dunia dua kali, Fernando Alonso yang akan meninggalkan pasukan.

    Alpine mengeluarkan kenyataan dengan menyebutkan bahawa pemandu berusia 21 tahun itu akan dipromosikan daripada peranannya sebagai pemandu sandaran ‘sejajar dengan komitmen yang dilakukan oleh pasukan terhadap pemandu muda Australia itu’.

    Namun Piastri kemudian memberitahu melalui media sosial bahawa dia ‘tidak menandatangani seberang perjanjian dengan Alpine’.

    “Saya sudah mengetahui perkara ini, tanpa sebarang persetujuan. Pasukan F1 Alpine mengeluarkan kenyataan mengatakan saya akan menjadi pemandu mereka tahun hadapan,” tulis Piastri, mengatakan pengumuman itu ‘salah’.

    “Saya tidak akan menyertai Alpine tahun hadapan,” tambahnya.

    Aksi pelumba Alpine, Esteban Ocon semasa bersaing di Grand Prix Hungary 31 Julai lalu. Oscar Piastri menyangkal bahawa dia sudah menandatangani perjanjian bersama Alpine untuk tahun hadapan. – AFP

    Ketika dihubungi oleh AFP, Alpine enggan memberikan sebarang komen mengenai penafian Piastri, masih bertegas dengan kenyataan awal pasukan itu.

    Pemandu kelahiran Melbourne, Piastri, menyertai akademi Alpine selepas memenangi gelaran Formula Renault Eurocap pada 2019. Dia meraih gelaran Formula 3 tahun berikutnya sebelum beraksi di Kejohanan Formula 2 pada 2021.

    Alpine merancang untuk menggandingkan Piastri dengan pemandu Perancis, Esteban Ocon musim hadapan selepas Alonso berpindah ke Aston Martin.

    Piastri dilaporkan mengadakan rundingan dengan McLaren beberapa minggu lalu.

    Alonso, 41, pada Isnin mendedahkan dia akan menyertai Aston Martin pada 2023, mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Sebastian Vettel kerana bersara.

    Pemandu Sepanyol, yang memenangi kejuaraan dunia bersama Renault pada 2005 dan 2006, kembali ke Formula Satu musim lalu bersama Alpine selepas dua tahun berehat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...