PIBG hulur sumbangan bagi Hospital PMMPMHAMB

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), Kuala Belait hari ini, tampil menghulurkan bantuan untuk kakitangan perubatan barisan hadapan di Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong.

Hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengerusi PIBG SMSA, Awang Nordin bin Haji Zainal dan Pengurus Operasi Kanan PIBG SMSA, Haji Jaafar bin Ahmad dengan sumbangan diserahkan kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Hospital PMMPMHAMB, Awang Abdul Muiz bin Haji Ibrahim.

Ketika ditemui pihak media, Awang Nordin menjelaskan bahawa sumbangan yang diperolehi daripada ahli-ahli PIBG SMSA tersebut berupa makanan dan minuman asasi bagi para kakitangan perubatan barisan hadapan di hospital berkenaan.

Sumbangan bertujuan bagi membantu para petugas barisan hadapan yang di hospital tersebut selain menggambarkan sokongan dan tanda penghargaan kepada mereka dalam menangani COVID-19.

Beliau turut menjelaskan bahawa sumbangan berkenaan merupakan kesinambungan daripada sumbangan yang dijalankan sebelumnya di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait dan akan dilaratkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

PIBG SMSA menyerahkan sumbangan kepada Awang Abdul Muiz.