Pier 1 tutup semua perniagaan

NEW YORK, 20 MEI – Pier 1, penjual kerusi anyaman dan lilin wangi, berkata mereka akan menutup perniagaan mereka secara kekal di kesemua 540 buah kedai.

Syarikat yang berpangkalan di Forth Worth, Texas berkata kelmarin bahawa mereka gagal mencari pembeli untuk perniagaannya setelah memfailkan perlindungan kebankrapan awal tahun ini. Mereka akan memulakan penjualan tanpa perniagaan secepat mungkin untuk membuka semula kedai yang ditutup sementara kerana wabak koronavirus.

Pier 1 yang ketika pertama kali membuka sebuah kedai pada tahun 1962 menjual kerusi beanbag dan sangat menggemari manik-manik di San Mateo, California. Mereka memperluaskan perniagaan dengan menawarkan semua barangan bagi keperluan rumah, dari kerusi santai hingga langsir. Ketika zaman kemuncaknya, Pier 1 mempunyai lebih dari 1,200 buah kedai.

Tetapi dalam tahun-tahun akhir ini, jualan mereka semakin merosot jika dibandingkan dengan penjual dalam talian, Wayfair dan Amazon, yang menjual sofa dan meja kecil pada harga yang lebih rendah dan penghantaran yang segera.

Lain-lain rangkaian yang gagal untuk berhubung dengan pelanggan telah memfailkan perlindungan kebankrapan baru-baru ini, termasuk J.C Penney dan J. Crew. – AP

Sebuah kedai Pier 1 yang ditutup di San Rafael, California. Rangkaian penjualan AS, Pier 1, telah menutup perniagaan mereka dan memfailkan perlindungan kebankrapan awal tahun ini. – AP