Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pieters mampu berjalan semula

    THE HAGUE, 27 OKT – Pelumba basikal Belanda, Amy Pieters sudah boleh melangkahkan kakinya dan mampu menunggang bersama buat pertama kali sejak kemalangan yang hampir meragut nyawa yang dilaluinya pada Disember lepas, dalam pengumuman di laman web miliknya, baru-baru ini.

    “Dengan sedikit bantuan, dia bangun daripada kerusinya dan melangkahkan kakinya. Dia berjalan buat seketika apabila dibantu.

    “Amy yang tentukan rentaknya. Ada hari yang dia tidak mahu berjalan lagi. Kemudian, ada hari yang dia berdiri, mula berjalan, dan seterusnya berusaha secara serius untuk berjalan.

    “Apa yang dia cuba tunjukkan adalah keyakinan bahawa dia mampu untuk berjalan semula! Langkah-langkah kecil Amy sedang bertukar menjadi langkah yang sebenar. Itulah namanya kemajuan!”

    Pieters, 31, mengalami kemalangan ngeri pada Disember lepas semasa berlatih dengan pasukan berbasikal trek kebangsaan Belanda di Calpe, Sepanyol.

    Dia kemudiannya tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan otak yang teruk. Selepas beberapa pembedahan dan beberapa bulan koma, pasukannya SD Worx mengumumkan pada penghujung April yang dia sudah sedar.

    Laman webnya mengatakan walaupun bekas juara Belanda itu masih lagi tidak mampu untuk bercakap, namun, dia sudah mula membuat bunyi-bunyi ‘halus’. – AFP

    Amy Pieters (kanan) bersama rakan senegara Kirsten Wild. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...