Pihak berkuasa bekukan akaun bank Yingluck

BANGKOK, 25 Julai – Pihak berkuasa Thailand telah membekukan tujuh akaun bank milik bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra berhubung denda AS$1 bilion yang dihadapinya bagi skim subsidi beras berkontroversi pentadbirannya, menurut peguamnya hari ini.

Tindakan itu dilihat sebagai tidak pernah dilakukan sebelum ini kerana ia mengenakan sekatan dari segi kewangan ke atas pemimpin yang dilantik bagi dasar kerajaan dan ia adalah terkini dalam siri-siri perjuangan undang-undang yang mesti diharunginya sejak dia disingkirkan dari jawatannya.

Perdana menteri wanita pertama Thailand yang kerajaannya telah digulingkan dalam rampasan kuasa 2014, telah pun berdepan dengan hukuman penjara selama sedekad bagi dakwaan gagal menghentikan rasuah dalam program subsidi yang menyasarkan pangkalan perladangan luar bandar partinya.

Dia juga berdepan dengan pendakwaan yang telah diundurkan tarikhnya, sejurus selepas rampasan kuasa, satu tindakan yang mengharamkannya berpolitik selama lima tahun.

Pasukan peguam Yingluck telah membuat rayuan bagi injunksi ke atas denda AS$1 bilion – yang mengurangkan kira-kira AS$18 juta aset yang telah diisytiharkannya secara terbuka.

Namun Kementerian Kewangan semalam berkata ia meneruskan dengan perintah dan rancangan untuk merampas kira-kira 12 akaun milik ahli politik itu sebagai langkah awal.

Peguam Yingluck hari ini mengesahkan bahawa kira-kira tujuh akaun kini telah dibekukan.

“Bank Bangkok telah memaklumkan kami bahawa tujuh dari akaun banknya telah dibekukan dan tidak dapat menjalankan sebarang transaksi,” Noppadon Laowthong memberitahu AFP.

Yingluck, yang para penyokongnya telah menuduh pihak junta melancarkan pemburuan politik ke atasnya sejak merampas kuasa, beralih kepada Twitter untuk menegaskan dia tidak bersalah. – AFP