PARIS, 16 Jan – Pegawai-pegawai penjara Perancis menghalang beberapa laluan ke penjara seluruh negara semalam untuk memperketatkan lagi pengawalan susulan tiga pihak berkuasa cedera dalam satu serangan banduan Jerman minggu lepas.
Kesatuan pihak berkuasa berkata serangan berdarah itu didalangi oleh Christian Ganczarski yang kini menjalani hukuman penjara 18 tahun kerana terlibat dalam pengeboman 2002 synagogue Tunisia sekali gus menjelaskan pengawalan ketat pihak berkuasa penjara untuk mengelakkan berlakunya keganasan para banduan.
Hakim anti keganasan telah mensabitkan Ganczarski atas cubaan untuk membunuh dengan menyerang beberapa pihak berkuasa, menurut sumber kehakiman memberitahu AFP semalam.
Dalam bantahan tersebut, pengawal penjara menggunakan beberapa mesin basuh dan himpunan tayar yang dibakar untuk menghalang laluan ke penjara yang dikawal tetat di Vendin-le-Vieil sempadan dengan Belgium.
Kira-kira 100 pihak berkuasa ikut serta dalam bantahan tersebut, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.
Sementara itu, perkhidmatan penjara mengumumkan bahawa pengarah bahagian kelengkapan diarahkan untuk memberikan arahan susulan teriakan oleh pengawas memintanya untuk pergi.
Beberapa pihak berkuasa membantah di luar penjara Fresnes selatan Paris, salah sebuah tempat di mana rusuhan polis terbesar berlaku, begitu juga di Marseille dan Lyon.
Bekas ahli tertinggi Al-Qaeda, Ganczarski dituduh menjadi dalang dalam pengeboman berani mati 2002 di tempat bersejarah synagogue yang terletak di pulau Tunisia, Djerba yang menyaksikan 21 orang terkorban. Dia dimasukkan ke penjara pada 2009.
Dia menolak pengawal keselamatan pada Khamis lalu selepas mendapat tahu bahawa dia mungkin berdepan penyerahan balik ke Amerika Syarikat berhubung dengan penyiasatan ke atas serangan 11 September 2001, menurut beberapa sumber. Perkhidmatan penjara berkata dia hanya dilengkapi dengan gunting dan pisau cukur.
Kesatuan pengawal penjara berkata syarat penahanannya itu baru-baru ini telah dikurangkan walaupun pengawasan rapi yang menunjukkan bahawa dia sudah merancang serangan itu.
Ketua penjara yang dihantar keluar berkata Ganczarski tidak menunjukkan tanda-tanda untuk melakukan serangan.
Kesatuan penjara meminta pengawal keselamatan untuk meneruskan sekatan mereka ke atas penjara hari ini.
Sabtu lalu, kesatuan perdagangan mengadakan rundingan dengan kementerian keadilan dengan berkata mereka tidak menerima jawapan yang kukuh berkenaan permintaan untuk mengetatkan lagi pengawalan di seluruh penghuni penjara yang merbahaya. – AFP