Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Pihak bertelagah Sudan setuju gencatan senjata 7 hari

    WASHINGTON, 21 MEI – Gencatan senjata sementara antara pihak yang bertelagah di Sudan berjaya dicapai, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi yang menjadi perantara kesepakatan itu.

    Menurut kenyataan Jabatan Negara AS, gencatan senjata tujuh hari itu ditandatangani oleh wakil dari Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF). Gencatan senjata itu dijadualkan berkuat kuasa pada 9:45 malam waktu tempatan pada Isnin, lapor UPI.

    Pihak yang bertelagah turut bersetuju untuk AS dan Arab Saudi dengan sokongan antarabangsa memantau genjatan senjata itu untuk memastikan ia dipatuhi. AS dan Arab Saudi serta dua pihak yang bertelagah akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pemantauan. – Bernama

    Asap kelihatan naik dari bangunan di Khartoum kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -