Tuesday, March 25, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pihak relevan boleh bantu agihkan pencen

    Penularan COVID-19 di negara ini menyebabkan perhimpunan ramai ditegah, namun Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan masih terdapat lebih 100 orang penerima pencen tua yang belum mendaftar untuk kemudahan perbankan online, manakala Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan turut mengumumkan lain-lain pencen yang bakal diterima pada 28 Mac ini.

    Seramai 100 orang atau lebih perwakilan akan mengambil pencen-pencen ini bank-bank atau perkhidmatan kerajaan dan jumlah itu mungkin bertambah, maka kemungkinan untuk perhimpunan adalah besar.

    Mungkin pihak berkenaan boleh mengambil langkah dengan menghantar atau menyerahkan sahaja wang tunai kepada penerima dengan melantik perwakilan akar umbi seperti penghulu dan ketua kampung atau pihak relevan berbanding menyaksikan penerima berkumpul.

    Jika penghulu, ketua kampung atau pihak relevan yang melakukannya, jumlah penghantar boleh dihadkan kepada kurang 10 orang di sesebuah kampung atau tempat penerima yang dikenal pasti.

    Ini sekali gus mengelak perkumpulan penerima pencen atau keluarga mereka, selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan untuk menghindari perhimpunan.

    Pemerhati Pencen

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda