Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 ogos – Tuntutan ke atas seorang pemimpin sekolah pada masa ini sangatlah mencabar dan harus dipikul dengan sikap penuh tanggungjawab kerana kejayaan sesebuah sekolah dan pelajarnya terletak di atas bahu pemimpin sekolah itu.
Oleh itu, amat penting bagi sekolah untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi mengenal pasti pelajar yang memerlukan bantuan dan seterusnya merancang dan melaksanakan program yang tepat dan betul pada peringkat awal.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif Sekolah bagi Peningkatan Pencapaian dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’/IGCSE dan ‘A’.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)