Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Pil antibiotik TB ditemui

    PARIS, 16 NOV – Satu pil antibiotik yang murah dan mudah didapati dijangka boleh mengurangkan separuh risiko orang yang terdedah kepada tuberkulosis (TB) yang rintang tahan ubat untuk dijangkiti, menurut kenyataan penyelidik pada hari ini.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, TB merupakan penyakit berjangkit kedua yang paling mematikan, membunuh sedikit sahaja orang berbanding Covid-19 tahun lalu.

    Setiap tahun, kira-kira 450,000 orang dijangkiti tuberkulosis rintang ubat (MDR-TB), di mana ubat utama tidak lagi berkesan.

    Hanya dua dari lima orang dengan MDR-TB yang mempunyai akses kepada rawatan tahun lalu, kerana penyakit ini memberi kesan lebih kepada penduduk di negara membangun.

    Walau bagaimanapun, antibiotik yang mudah didapati iaitu levofloxacin dipercayai selamat mengurangkan risiko kanak-kanak dan mengembangkan MDR-TB sebanyak 56 peratus, menurut kajian baru yang dilakukan di Afrika Selatan dan dibentangkan di Persidangan Kesihatan Paru-paru Sedunia di Paris.

    Penyelidik utama, Anneke Hesseling, memberitahu AFP bahawa ini merupakan ujian rawak, kawalan plasebo pertama – yang dianggap sebagai piawaian emas – untuk melihat sama ada ubat boleh mencegah MDR-TB dalam kalangan kanak-kanak.

    Pil ini dapat memberikan perlindungan penting kepada kanak-kanak yang tinggal di rumah dengan ibu bapa yang mengidap penyakit tersebut, kata Hesseling, seorang penyelidik di Universiti Stellenbosch.

    Keputusan kajian lain yang dibentangkan di persidangan itu, yang juga belum disemak oleh rakan sejawat, mendapati bahawa levofloxacin mencegah beban kerintangan ubat pada 45 peratus orang dewasa di Vietnam.

    Kedua-dua pasukan penyelidikan bersatu dalam pendekatan statistik yang dikenali sebagai analisis Bayesian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, levofloxacin mengurangkan risiko MDR-TB sebanyak 60 peratus bagi semua peringkat umur. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...