Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pil antiviral tiba di Korea Selatan minggu depan

    SEOUL, 7 JAN – Pil antiviral COVID-19 dijangka tiba di Korea Selatan minggu depan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Perdana Menteri Kim Boo Kyum hari ini.

    “Kami akan memastikan ubat oral ini akan diperkenalkan dengan cepat dalam bidang perubatan,” kata Kim ketika mesyuarat respons COVID-19 di Seoul.

    Kerajaan setakat ini telah menempah ubat oral COVID-19 bagi kegunaan satu juta rakyatnya.

    Negara itu menandatangani kontrak prapembelian dengan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat Pfizer Inc bagi pil Paxlovid untuk kegunaan 762,000 pesakit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...