Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pil Paxlovid mampu kurangkan risiko kemasukan hospital

    LOS ANGELES, 5 MEI – Pil anti-COVID Paxlovid dapat membantu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital untuk penyakit berkaitan COVID dan boleh didapati secara meluas di farmasi di Amerika Syarikat, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS, kelmarin.

    “Terdapat bukti saintifik Paxlovid mampu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian pesakit COVID ringan hingga sederhana dan yang berisiko menjadi lebih serius,” kata pengarah Pejabat Penyakit Berjangkit di FDA, John Farley. 

    Beliau berkata Paxlovid juga dijangka berkesan terhadap varian Omicron, lapor Xinhua.

    FDA membenarkan penggunaan Paxlovid pada Disember 2021 untuk rawatan COVID-19 ringan hingga sederhana pada pesakit dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dengan berat sekurang-kurangnya 40 kilogram.

    Walaupun bilangan kemasukan ke hospital akibat COVID-19 menurun mendadak sejak awal 2022, sesetengah pesakit berisiko tinggi masih perlu dirawat di hospital. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...