Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pilih kasut sesuai untuk aktiviti larian

    Oleh Yusrin Junaidi

    Antara kebaikan melakukan aktiviti riadah seperti berlari ialah kita dapat menyihatkan tubuh badan untuk membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar.

    Semasa melakukan aktiviti larian, pelari akan melatih jantung dan otot mereka serta dapat melatih paru-paru bergerak dengan lebih bagus berbanding mereka yang tidak berlari.

    Berlari penuh dengan senaman kardio tinggi yang merupakan sukan menggembirakan bagi golongan lelaki dan wanita.

    Tambahan lagi, hari ini sukan berlari merupakan trend kesihatan yang sedang hangat kerana masyakarat kini mula sedar penyakit boleh datang kepada kita pada bila-bila masa.

    Aktiviti berlari merupakan satu senaman yang mudah dilakukan dan tidak memerlukan pelaburan yang besar kerana cukup dengan hanya memiliki sepasang kasut lari yang bagus sudah memadai. Akan tetapi pemilihan kasut memainkan peranan yang sangat penting bagi para pelari.

    Semasa melakukan aktiviti larian, pelari akan melatih jantung dan otot mereka serta dapat melatih paru-paru bergerak dengan lebih bagus berbanding mereka yang tidak berlari.
    Kasut trail run ialah kasut yang direka khusus untuk berlari atau berjalan di hutan belantara, seperti jalan berbatu, berlumpur atau tidak rata.
    Saucony Endorphin Speed 3 merupakan salah satu kasut larian yang sangat bagus menurut Awang Luqman Bahrin.

    Sebagai salah seorang penggemar dalam sukan berlari, penulis mendapati terdapat banyak jenama kasut larian yang dijual di negara ini seperti Nike, Adidas, Asics, Craft dan banyak lagi.

    Hasil maklumat yang diperoleh, jenama-jenama kasut ini juga mempunyai kategori khas untuk pelari jarak jauh dan dekat, dan memilih kasut yang sesuai mempunyai impak yang besar ketika berlari.

    Ciri-ciri kasut sukan berlari memiliki pelbagai perbezaan bergantung pada tahap larian, sama ada berlari di taman, trail running, dan juga road running di mana laluannya sukar diramal seperti menuruni bukit hingga ke maraton pelbagai jarak.

    Pada ketika ini, ramai orang mungkin mempunyai soalan tentang bagaimana memilih kasut larian, sebagai contoh, memilih kasut yang betul? Bagaimanakah kasut lari berbeza daripada kasut biasa? Jenama mana yang bagus? Di dalam artikel ini penulis akan mengongsikan beberapa jenis kasut yang perlu awda ketahui.

    Kasut larian di jalan raya

    Kasut ini direka untuk digunakan di atas permukaan aspal yang kasar, yang mana kasut ringan dan fleksibel merupakan salah satu pilihan utama yang dapat menyokong semasa berlari pada permukaan yang keras dan rata, kerana kasut larian ini mempunyai tapak yang rata untuk permukaan yang konsisten untuk berlari.

    Kasut trail run

    Kasut trail run ialah kasut yang direka khusus untuk berlari atau berjalan di hutan belantara, seperti jalan berbatu, berlumpur atau tidak rata.

    Kasut ini didatangkan dalam pelbagai gaya, daripada larian pantas di kawasan pedalaman hinggalah yang menyerupai but hiking.

    Kasut ini direka untuk melindungi daripada bahaya bagi pelari yang perlu berdepan lumpur, tanah, batu dan halangan lain di jalan raya atau kaki lima. Oleh itu, ia memerlukan kasut yang menyokong kestabilan dan mempunyai perlindungan terbaik.

    Kasut berkusyen

    Kasut berkusyen merupakan kasut larian yang mempunyai penggemar paling banyak di Negara Brunei Darussalam, di mana kebanyakannya terdiri daripada mereka yang suka membuat larian long, short and distance (LSD).

    Hasil daripada informasi yang diperoleh, kasut berkusyen ini mampu memberi lebih keselesaan untuk si pemakai di mana kasut jenis ini akan memberikan penyerapan kejutan dan perlindungan.

    Jika si pemakainya memilih kasut yang kurang berkusyen, akan menyebabkan kaki mereka cepat melecet.

    Kasut maraton

    Bagi pelari yang fokus kepada larian selama berjam-jam, mereka akan memilih kasut yang tahan lama dan lebih mahal.

    Teknologi kasut ini memang terkenal digunakan oleh pelari maraton dunia. Kasut ini yang dipilih ini boleh menyerap kejutan daripada ciri-ciri larian dan ia juga direka untuk membantu melaraskan pergerakan pergelangan kaki semasa berlari untuk menjadikannya lebih lurus.

    Kasut endurance

    Kasut ini, agak berbeza dan juga sangat digemari dalam kalangan pelari di negara ini, di mana pelari memerlukan kasut larian yang sangat ringan dan berkusyen serta tahan lama.

    Teknologi kasut ini telah banyak direka pada ketika ini, dan boleh didapati dengan harga yang sederhana hinggalah yang mahal.

    Secara umum, kebanyakan kasut jenis endurance tidak mempunyai tahap kusyen dan penyerapan hentakan yang sama seperti kasut jalan raya konvensional yang dikategorikan sebagai jenis neutral atau stabil.

    Media Permata berkesempatan menemu bual salah seorang penggemar sukan berlari, Awang Luqman Bahrin, mengongsikan Saucony Endorphin Speed 3 adalah salah satu kasut berlari yang sangat bagus untuk larian harian, tempo run dan larian jarak jauh.

    Tambahnya, kasut itu terasa lebih selesa berbanding dengan kasut biasa, kerana mampu menyerap angin dengan lebih baik dan materialnya juga sangat selesa.

    Meskipun pelbagai jenis dan ciri kasut larian yang dinyatakan, apa yang penting adalah tergantung kepada setiap individu dan ukuran kaki masing-masing, kerana setiap teknologi kasut larian yang direka adalah berlainan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...