SYDNEY, 27 Nov – Pilihan raya Australia bakal diadakan pada bulan Mei selepas perdana menteri hari ini mengumumkan tarikh belanjawan pada tahun baharu dan parti liberal beliau semakin melemah ekoran satu lagi masalah pembelotan.
Scott Morrison mengumumkan pelan perbelanjaan negara baharu pada 2 April, menjanjikan lebihan fiskal dan menyambut baik pengawalan parti ke atas ekonomi yang sedang berkembang, dalam kenyataan yang mencetuskan permulaan bagi kempen pilihan raya 2019.
Peraturan belanjawan parlimen dan peruntukan perlembagaan tentang tempoh kempen bermakna pengundian kini hampir pasti mengambil tempat pada awal hingga pertengahan bulan Mei.
Pada hari Selasa, Ahli Parlimen Liberal Julia Banks yang sebelum ini merungut tentang tindakan ‘buli’ parti dan juga sekutu bekas perdana menteri yang disingkirkan, Malcolm Turnbull, telah memberi tamparan hebat kepada Morrison dengan keluar daripada parti itu untuk menjadi calon bebas.
Tindakan berpaling tadah itu meletakkan parti memerintah konservatif, Parti Liberal kekurangan dua anggota majoriti parlimen.

Dengan kerajaan beliau dalama kedudukan minoriti dan partinya berpecah belah akibat perpecahan antara anggota bersederhana dan berpendirian keras, perdana menteri berdepan perjuangan sukar untuk mengekalkan jawatannya.
Pilihan raya parlimen hujung minggu di Victoria, wilayah yang melingkungi Melbourne – menyaksikan penurunan undi parti Liberal, pada tahap rendah dalam sejarah.
Beberapa minggu selepas parti itu tewas dalam pilihan raya kecil parlimen persekutuan di pinggir bandar Sydney yang sebelum ini kubu kuat Liberal sejak kawasan pengundian diwujudkan ketika pengasasan negara.
Morrison berdepan kesukaran menyatukan partinya sejak pemimpinnya, Malcom Turnbull, yang mempunyai ideologi Liberal disingkirkan daripada jawatannya perdana menteri.
Sejak itu, cercaan orang di belakangnya berterusan dan tewas pilihan raya telah mewujudkan keadaan tidak menentu dan malah Morrison berbalah dengan pihak pembangkang, Parti Buruh.
Banks mengatakan penyingkiran Turnbull adalah pemangkin keputusannya untuk menjadi calon bebas. – AFP































