Pilihan raya awal ditetapkan pada 20 September

OTTAWA, 16 OGOS – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin mengumumkan pilihan raya awal dijadualkan pada 20 September.

Trudeau, yang juga pemimpin Parti Liberal membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Ketua Gabenor Mary Simon, lapor Xinhua.

Kempen pilihan raya akan diadakan ketika negara ini berdepan gelombang keempat dan peningkatan kes COVID-19.

Parti pembangkang menentang keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal itu. Tarikh sebenar pilihan raya ialah pada Oktober 2023.

“Keputusan kerajaan bakal menentukan masa depan generasi akan datang. Rakyat perlu memilih bagaimana kita harus menamatkan perjuangan menentang COVID-19 dan membangun semula ke arah lebih baik.

“Kini adalah detik bersejarah. Anda berhak menentukan masa depan negara, sama ada meneruskan usaha vaksinasi atau meneruskan sokongan terhadap program kita. – Bernama

Gambar kombo menunjukkan Jagmeet Singh, Perdana Menteri Justin Trudeau dan Erin O’Toole. – AFP