BRUSSELS, 21 April – Pilihan raya awal Britain telah mengundang harapan di Eropah bahawa rundingan Brexit boleh berjalan lebih lancar lagi dengan seorang pemimpin yang mempunyai mandat besar, menurut para analisis dan diplomat.
Di Brussels, kepercayaan adalah jika Perdana Menteri Theresa May memenangi majoriti besar seperti yang dijangkakan pada 8 Jun, beliau tidak lagi perlu amat bimbang akan menyedihkan anggota-anggota berpendirian keras dalam parti Konservatif beliau.
Itu akan memberikan beliau ruang untuk menimbangkan pilihan yang dibenci oleh teras Brexit, seperti perjanjian peralihan sehingga 2022 yang mana pergerakan bebas dan bidang kuasa Mahkamah Keadilan Eropah akan berterusan.
Presiden Parlimen Eropah Antonio Tajani berkata sebegitu apabila beliau melawat May di London semalam, dengan menambah kata bahawa kerajaan baru sebelum rundingan bermula lewat Jun ini adalah “baik bukan saja bagi UK tetapi bagi kami.”
Pandangan itu dikongsi sama secara meluas. Sumber Eropah yang mengetahui tentang rundingan itu memberitahu AFP bahawa kemenangan May akan memberikan ‘pemimpin mantap di London yang boleh berunding dengan kami, dengan sokongan padu para pengundi beliau.” – AFP