Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya EU dijadual 2024

    BRUSSELS, 17 MEI – Lebih 400 juta pengundi Eropah akan memilih parlimen baharu Kesatuan Eropah (EU) penggal lima tahun antara 6 dan 9 Jun tahun depan, umum Presiden EU hari ini.

    Pilihan raya di 27 negara anggota EU akan memutuskan komposisi perhimpunan terdiri daripada kira-kira 700 kerusi, yang ditugaskan untuk mengawasi perundangan Eropah.

    Parlimen yang berpangkalan di Strasbourg itu juga akan mengesahkan pelantikan pegawai tertinggi Brussels, termasuk presiden Suruhanjaya Eropah.

    Presiden sekarang, Ursula von der Leyen, belum mengesahkan bahawa dia akan meneruskan penggal kedua tetapi dijangka mengekalkan sokongan ahli Parlimen kanan dan negara anggota utama jika dia berbuat demikian.

    Pilihan raya terakhir Kesatuan Eropah diadakan pada 2019 antara 23 dan 26 Mei, dengan negara anggota memilih hari pengundian mengikut tradisi kebangsaan mereka.

    Belanda, sebagai contoh, mengundi pada Khamis, Malta pada Sabtu dan Perancis pada Ahad.

    Sesetengah negara, seperti Belgium, mungkin mengadakan pilihan raya negara pada hari yang sama, selaras dengan undi Eropah.

    Undian 2024 akan menjadi pilihan raya Eropah pertama tanpa calon British, UK yang telah meninggalkan EU pada 2020. – AFP

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen meninggalkan podium semasa sidang kemuncak Majlis Euroah di Reykjavik, Iceland kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda