TBILISI, 3 OKT – Pilihan raya Georgia diadakan setelah penahanan bekas presiden Mikheil Saakashvili yang dicemari oleh tuduhan ugutan yang meluas, menurut pemerhati antarabangsa dari Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) hari ini.
“Suasana pilihan raya kelmarin dicemari oleh tuduhan ugutan, pembelian suara, tekanan terhadap calon dan pengundi yang meluas dan konsisten serta persaingan yang tidak adil,” kata pemerhati OSCE pada sidang media di ibu kota Tbilisi.
Mereka juga dikatakan ‘menyalah-gunakan dana pentadbiran’ parti Dream Georgia yang berkuasa memberikannya ‘kelebihan yang tidak sepatutnya’.
“Kes ugutan dan keganasan terhadap wartawan menjadi perhatian,” tambah mereka.
Setelah hampir semua undian dihitung, parti Dream Georgia mendahului dengan 46.6 peratus undi dalam pilihan raya, sementara semua parti pembangkang mengumpulkan 53.4 peratus, hasil rasmi menunjukkan.
Parti Dream mengatakan dalam satu kenyataan bahawa pilihan raya yang diawasi dengan ketat ‘diadakan pada standard demokrasi tertinggi. – AFP