Pilihan raya Israel ditetapkan Mac 2020

BAITULMAQDIS, 12 DIS – Parlimen Israel dibubarkan pada malam semalam selepas dua parti utamanya gagal membentuk kerajaan menjelang tarikh akhir pada waktu tengah malam, yang menyaksikan penganjuran pilihan raya umum ketiga dalam tempoh setahun, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Pilihan raya itu akan berlangsung pada bulan Mac 2020, lapor media tempatan.

Parlimen, atau Knesset, dijangka mengundi dalam tempoh semalaman untuk menentukan tarikh sebenar pilihan raya.

Knesset secara automatik dibubarkan selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan pesaing utamanya Benny Gantz gagal membentuk kerajaan gabungan. – Bernama