Pilihan raya Jerman diselubungi isu perubahan iklim

BERLIN, 23 FEB – Para pengundi di Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman, keluar mengundi hari ini untuk memilih perhimpunan serantau baharu dalam pilihan raya yang didominasi oleh isu perubahan iklim.

Bandar itu telah ditadbir oleh gabungan Parti Demokrat Sosial berhaluan kiri dan parti alam sekitar, Green selama lima tahun yang lalu. Kedua-duanya adalah pemimpin parti, mengikut pilihan raya.

Berberapa hari sebelum mengundi, Datuk Bandar Parti Demokrat Sosial, Peter Tschentscher dari Demokrat Sosial mendedahkan rancangan untuk menutup loji janakuasa arang yang moden dan menjadikan pusat bandar itu bebas dari penggunaan kereta. Parti itu mendahului undian yang kukuh sebanyak 15 peratus dalam pilihan raya baru-baru ini, walaupun parti Green dilihat mendapat undian berganda berbanding tahun 2015.

Parti Green telah berikrar untuk menjadikan bandar raya yang mempunyai 1.8 juta penduduk itu mesra alam menjelang 2035 jauh lebih awal daripada matlamat negara untuk menamatkan pelepasan gas rumah hijau pada 2050.

Pemimpin tempatannya, Katharina Fegebank menyertai pelajar dan pengempen Sweden, Greta Thunberg pada bantahan Jumaat untuk tindakan mengekang pemanasan global.

Hamburg, yang juga salah satu daripada 16 negeri di Jerman, mempunyai kepentingan yang kuat dalam memerangi perubahan iklim. Peningkatan paras laut dan cuaca ekstrem boleh memusnahkan bandar pelabuhan itu, di mana gelombang ribut yang dahsyat pada 1962 kekal di dalam ingatan. Bandar itu melabur ratusan juta euro dalam pembinaan daik dan baru-baru ini bersetuju dengan pelan tindakan iklim termasuk mengehendaki semua bangunan baharu mempunyai panel solar bermula tahun 2023. – AP

Seorang lelaki mengundi di sebuah stesen mengundi di Hamburg, Jerman. – AP