Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilihan raya Jordan dibayangi perang di Gaza

    AMMAN, 10 SEPT – Rakyat Jordan mengundi hari ini dalam pilihan raya parlimen yang dibayangi oleh perang di Gaza dan kebimbangan mengenai kemelesetan dalam pelancongan, sektor yang penting kepada ekonomi negara tersebut.

    Ia adalah pengundian pertama sejak reformasi 2022 yang menambah bilangan kerusi di dewan, memberikan lebih banyak kerusi kepada wanita dan menurunkan umur minimum untuk calon.

    Walaupun usaha berkenaan bertujuan untuk memodenkan badan perundangan, pengundi dan calon mengatakan perang Gaza mendominasi pilihan raya.

    Penganalisis meramalkan kadar pengundian yang rendah, dengan calon Islam menghadapi kesukaran untuk memanfaatkan kemarahan awam terhadap perang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

    Jordan menandatangani perjanjian keamanan dengan Israel pada tahun 1994, menjadi negara Arab kedua yang melakukannya selepas Mesir, tetapi kira-kira separuh penduduknya adalah dari keturunan Palestin, dan bantahan yang menyeru pembatalan perjanjian itu sering berlaku sejak perang meletus.

    Ketegangan bertambah teruk hanya dua hari sebelum pilihan raya bermula apabila seorang penembak dari Jordan membunuh tiga pengawal Israel di kawasan sempadan antara Jordan dan Tebing Barat yang diduduki Israel, serangan pertama sejak tahun 1990an.

    Ia telah menambah kebimbangan pengundi bahawa perang yang sedang berlangsung akan terus membebankan ekonomi kerajaan sehingga Israel dan pejuang Palestin Hamas mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

    “Keadaan sebenarnya semakin buruk dari segi peluang pekerjaan, dan gaji rendah dengan jam kerja yang panjang,” kata pelajar kejuruteraan berusia 21 tahun, Fayez al-Disi. – AFP

    Seorang kakitangan pilihan raya membantu seorang wanita membuang undi untuk pilihan raya parlimen di pusat mengundi di kem pelarian Palestin al-Baqaa berhampiran ibu negara Amman pada 10 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda