Pilihan raya presiden Belarus 9 Ogos ini

MINSK, 8 MEI – Belarus hari ini mengumumkan pilihan raya presiden akan diadakan pada bulan Ogos ketika Alexander Lukashenko berusaha mengurangkan risiko wabak koronavirus.

Parlimen telah meluluskan tarikh pilihan raya iaitu pada 9 Ogos dalam undian yang dibuat hari ini.

Presiden memilih untuk tidak menangguhkan undian meskipun koronavirus. Ini kerana bekas negara Soviet itu tidak melaksanakan perintah berkurung dan terus mengadakan acara-acara di tempat awam termasuk perlawanan bola sepak.

Belarus mencatatkan 20,168 kes virus dan 116 kematian.

Bekas pengarah perladangan yang berusia 65 tahun telah memimpin negara yang mempunyai penduduk seramai sembilan juta orang di antara negara Rusia dan Kesatuan Eropah sejak tahun 1994.- AFP