Pilihan raya terbesar dunia berakhir

KOLKATA, 19 Mei – Undian di salah satu pilihan raya India paling sengit dalam tempoh beberapa dekad telah memasuki hari terakhirnya hari ini ketika Perdana Menteri Narendra Modi bergelut untuk mengekalkan majoriti keseluruhan.

Pusingan ketujuh dan terakhir undian menamatkan pilihan raya terbesar dunia itu, dengan 900 juta pengundi layak dari pantai-pantai Goa hingga kawasan sesak Mumbak dan biara-biara Himalaya, Ladakh.

Barisan-barisan panjang terbentuk di luar stesen-stesen mengundi di lapan negeri utara bagi mengundi 59 calon terakhir untuk 543 kerusi dewan rendah. Undian ditutup pada jam 1230 GMT dengan pengiraan undian pada Khamis.

Kawalan keselamatan ketat telah dilaksanakan di West Bengal, di mana beberapa perbalahan jalan raya antara pengikut Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi dengan kumpulan-kumpulan lawan.

Satu bom buatan sendiri telah dilontarkan dari sebuah motosikal di salah satu petak undian di Kolkata tetapi tiada kecederaan dilaporkan, menurut para pegawai.

Sebahagian pengundi bergambar untuk menunjukkan jari mereka yang sudah ditanda selepas membuang undi di salah sebuah pusat undian di Amritsar. – AFP

Sebuah kumpulan menyerang sebuah pejabat sementara BJP di bandar tersebut dan polis berjaya menyuraikan sekumpulan aktivis yang menghalang stesen-stesen undian.

Para pengundi Modi di Varanasi, bandar suci di Uttar Pradesh, juga antara mereka yang mengundi.

Konservatif BJP, telah berkempen dengan agresis bagi imej Modi dan menekankan mengenai serangan udara rentas sempadan menentang Pakistan.

Pihak pembangkang, diterajui oleh parti Kongres dan pemimpinnya, Rahul Gandhi, telah menuduhnya mengejar dasar berbahagi dan mengabaikan ekonomi.

Modi dan Gandhi mengecam antara satu sama lain hampir setiap hari dengan perdana menteri itu mengatakan lawannya itu ‘bodoh’ sementara Gandi menggelar Modi sebagai ‘pencuri’. – AFP