Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pilihan raya umum Nepal bermula

    KATHMANDU, 20 NOV – Rakyat Nepal keluar mengundi hari ini untuk memilih anggota Dewan Perwakilan dan tujuh dewan wilayah, lapor Xinhua.

    Pengundi dilihat berbaris di beberapa pusat mengundi seawal 7 pagi waktu tempatan ketika pusat pengundian dibuka.

    Hampir 18 juta pengundi layak memilih 275 ahli dewan rakyat dan 550 ahli bagi tujuh dewan wilayah.

    “Pengundian bermula dengan aman di seluruh negara. Kami menjangkakan pengundian akan berjalan lancar sepanjang hari,” kata timbalan jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya, Surya Aryal kepada Xinhua.

    Nepal telah menerima pakai sistem pilihan raya bercampur menyaksikan 60 peratus wakil dewan perwakilan dan dewan wilayah dipilih melalui sistem pilihan raya manakala baki 40 peratus lagi diisi melalui sistem perwakilan bahagian.

    Kongres Nepal dan Parti Komunis Nepal (Pusat Maois) daripada perikatan pemerintah telah membentuk pakatan lima parti bagi pilihan raya kali ini manakala Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninis) selaku pembangkang terbesar juga telah bergabung dengan parti lain.

    Pemerhati dari beberapa negara turut memantau perjalanan pilihan raya dan pusat pengundian ditutup pada 5 petang waktu tempatan. – Bernama

    Seorang wanita menjalankan kewajipan mengundi semasa pilihan raya di Kathmandu, Nepal pada 20 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...