Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    Pilihan raya umum Pakistan 8 februari

    ISLAMABAD, 3 NOV – Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) kelmarin mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.

    Tarikh itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat antara Presiden Arif Alvi dan delegasi ECP diketuai Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya, Sikandar Sultan Raja, malam kelmarin, menurut kenyataan ECP.

    Terdahulu, ketua pesuruhjaya pilihan raya mengutus surat rasmi kepada presiden dengan mencadangkan 11 Februari sebagai tarikh pilihan raya umum berdasarkan keputusan Mahkamah Agung Pakistan yang dikeluarkan kelmarin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...