Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pilot SAS terus mogok, ratusan penerbangan dibatal

    HELSINKI, 28 April – Hampir 600 penerbangan telah dibatalkan dan ribuan penumpang terkandas pada hari ketiga mogok juruterbang di Scandinavian Airlines yang syarikat itu anggarkan telah menjejaskan kira-kira 170,000 pelanggan pada hujung minggu.

    Syarikat pengangkutan utama Denmark, Norway dan Sweden itu mengumumkan perlanjutan pembatalan penerbangan sehingga minggu depan ketika beberapa pihak telah gagal untuk meneruskan rundingan ke atas persetujuan tawar menawar baharu.

    Ia merancang untuk membatalkan 1,213 penerbangan pada Isnin dan Selasa, menjejaskan kira-kira 110,000 penumpang. Mogok terbuka bermula Jumaat itu diikuti oleh kegagalan rundingan bayaran bersama Kumpulan Pilot SAS, yang mewakili 95 peratus juruterbang syarikat di tiga buah negara.

    SAS berkata ia ‘sangat kesal’ dengan kesukaran klien-klien yang terjejas dengan penerbangan domestik, Eropah dan jarak jauh. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda