Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pingat emas hilang dijumpai

    ANAHEIM, CALIFORNIA, 30 JUN – Pingat emas Olimpik yang dicuri milik salah seorang ahli pasukan bola tampar wanita dari Amerika Syarikat (AS) telah ditemui di selatan California, menurut kenyataan pihak berkuasa, kelmarin.

    Jordyn Poulter membuat laporan mengenai pingat emas yang dicuri pada 25 Mei lalu selepas atlet Olimpik tersebut mendapati keretanya yang berada di dalam garaj di pecah masuk di Anaheim, menurut kenyataan polis.

    Kemudian, penyiasat telah menahan suspek yang dipercayai pencuri pingat berkenaan, tetapi tidak berjaya menemukan pingat yang hilang itu.

    Pada Isnin lalu, pemilik kedai gunting rambut di Anaheim melaporkan bahawa mereka telah menjumpai pingat emas di dalam beg plastik yang dibuang di luar premis perniagaan mereka, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis. Setelah itu, mereka menyerahkan barang berkenaan kepada pihak polis, dengan hasrat ingin mengembalikan pingat itu kepada Poulter.

    Suspek berkenaan, berusia 31 tahun didakwa atas kesalahan menceroboh kawasan kediaman, pecah masuk kenderaan, mencuri identiti dan dakwaan memiliki barang tegahan, kata pegawai pada awal bulan ini.

    Selain itu, suspek tersebut adalah penduduk Anaheim yang mempunyai beberapa rekod jenayah lainnya, menurut kenyataan polis.

    Sementara itu, Poulter adalah salah seorang daripada pasukan yang berjaya memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo pada tahun lalu, selepas pertandingan tersebut ditangguhkan setahun ketika meletusnya penularan wabak koronavirus. – AP

    Gambar fail Jordyn Poulter beraksi menghalang bola semasa perlawanan pusingan kelayakan bola tampar di Olimpik 2020 pada tahun lalu di Tokyo, 27 Julai 2021. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...