Pingat emas pertama Brunei

DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YAM Pengiran Bini Hajah Faizah dan YAM Pengiran Anak ‘Aliiyah Amalul Bulqiah ketika berkenan bergambar ramai bersama atlet negara pertama yang merangkul pingat emas, Mohammad Adi Salihin bin Roslan pada acara wusyu di Kejohanan Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Manila.

MANILA, 1 DIS – Atlet wusyu Brunei Darussalam Mohammad Adi Salihin bin Roslan meletakkan dirinya sebagai atlet hebat negara  selepas dia meraih pingat emas dalam pertandingan Lelaki Nandao dan Nangun di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30  di Pusat Dagangan Dunia di Pasay, Filipina semalam. (Klik di sini untuk cerita lanjut)