Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pink Venom ungguli carta itunes dalam tempoh 24 jam

    Sebaik sahaja single baharu Blackpink berjudul Pink Venom dilancarkan pada 19 Ogos lalu, lagu tersebut berjaya menjuarai beberapa carta muzik antarabangsa.

    Kejayaan kumpulan dari Korea Selatan itu tentu sahaja membanggakan peminat setia mereka apabila Pink Venom berjaya mengungguli kedudukan pertama carta iTunes di Amerika Syarikat.

    Dalam tempoh 24 jam lagu itu dilancarkan ia berjaya menjuarai carta muzik aplikasi penstriman dan selain berada di kedudukan nombor satu sebagai lagu dimuat turun terbanyak.

    “Lihat! Ini satu kejayaan membanggakan oleh Blackpink dan mereka benar-benar menguasai dunia sebagai penyanyi popular,” kongsi peminat di media sosial.

    Pengaruh Blackpink di seantero dunia itu turut berjaya menewaskan selebriti lain seperti Nicki Minaj, Bailey Zimmerman dan David Morris di iTunes. – Agensi

    Single baharu Blackpink berjudul Pink Venom berjaya mengungguli kedudukan pertama carta iTunes di Amerika Syarikat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...