Isinya yang putih lembut dan enak, boleh mencapai sehingga tiga meter panjang dan berat sekitar 200 kilogram, inilah dia ikan pirarucu, salah satu ikan air tawar terbesar di dunia dan berasal dari Amazon.
Haiwan yang dahulunya terancam dengan kepupusan ini kini berada di pinggan makan malam penduduk kampung dan restoran-restoran mewah di Rio De Janeiro, berikutan sejumlah besar cef telah memperjuangkan makanan berasaskan ikan tersebut serta masyarakat yang memastikan bahawa ikan tersebut terus hidup dalam habitatnya.
“Tanpanya, tidak akan ada yang tersisa,” kata Frederic Monnier, ketua cef di pinggir kota Brasserie Rosario. “Apa yang ia lakukan untuk Amazon adalah sesuatu yang tidak ternilai,” tambah Jessica Trindade, tukang masak Brazil di Chez Claude, sebuah restoran di bandar itu.
Cef Marcelo Barcellos menggunakan isi ikan pirarucu dalam masakan moqueca, ikan rebus yang dipenuhi minyak kelapa sawit dan diberikan perasa ketumbar yang merupakan hidangan masakan Brazil, berasal dari wilayah timur laut Bahia.
Dihidangkan bersama campuran tepung kacang manioc dan kekacang yang didatangkan khas dari lembangan Amazon, hidangan moqueca berasa seperti tunas dan mata, sebagaimana isi ikan tersebut yang putih bercampur dengan tepung kuning dan rempah hijau. Rasanya serupa seperti ikan air masin iaitu Pollock atau kod.


Barcellos, cef eksekutif dan pemilik Restoran Barsa merupakan salah seorang daripada beberapa orang cef Rio yang gembira dengan penambahan ikan pirarucu dalam menunya. Akan tetapi tidak lama dahulu, sebelum pirarucu dihidangkan di meja-meja restoran hebat di Marvelous – isi ikan ini hampir lenyap daripada menu-menu mereka.
Namun ia telah dihidupkan kembali setelah berada di ambang kepupusan berikutan penubuhan program perlindungan alam semula jadi yang memberikan kuota yang ketat terhadap penangkapan ikan pirarucu. Ikan pirarucu hanya boleh dipancing dari bulan Julai hingga November sewaktu bukan musim mengawan.
Memperkenalkan pirarucu
Meningkatkan profil ikan pirarucu bersama cef terkemuka Rio pastinya akan membantu di samping Projek Taste of The Amazon telah banyak membantu meningkatkan profil ikan tersebut. Baru-baru ini, sembilan cef telah mengembara ke utara Brazil bagi memerhatikan bagaimana suku Paumari melaksanakan pemuliharaan mampan untuk ikan pirarucu.
Melalui hubungan dengan para nelayan peribumi, cef mempelajari bahagian mana isi ikan tersebut yang terbaik. Pengetahuan itu berakhir dengan paparan dalam menu-menu mereka. “Ia adalah produk yang sangat baik, rasanya yang hebat, tidak ada rasa seperti tanah kerana ada sesetengah ikan air tawar mempunyai rasa itu,” kata Trindade kepada media.
Bagi Ricardo Lapeyre dari Laguiole Lab yang bertaraf Michelin, pengalaman itu melebihi jangkaannya. Dia berpeluang mempelajari lebih banyak tentang cara memasak ikan tersebut dan menambah bahan-bahan baharu dalam masakannya di dapur.
Sejak itu, populasi ikan gergasi itu melonjak tinggi, iaitu daripada 2,500 pada tahun 1999 kepada lebih 190,000 pada tahun lepas. Terima kasih kepada ASPROC, nelayan telah dibayar sekitar tujuh reais untuk sekilo.
Restoran membayar sekitar 48 reais untuk satu kilo, kerana kos pengangkutan. Hidangan itu kemudian dijual dengan harga kira-kira 70 reais (AS$17).
Felipe Rossoni, menjelaskan bahawa inisiatif tersebut telah membersihkan laluan bagi pasaran baharu untuk ikan pirarucu.
“Memancing yang mampan membantu memelihara alam sekitar dan memperkuat autonomi serta identiti tradisional yang jelas dan terang,” kata Rossoni kepada media. – AFP