Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Pirates tahan 26 suspek dadah

    Gambar serahan BKN

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Seramai 26 individu terdiri daripada 23 lelaki dan tiga perempuan berusia dalam lingkungan 22 hingga 49 tahun telah berjaya dikesan dan ditahan dalam Operasi Pirates yang telah dilancarkan sejak Julai lalu.

    Menurut kenyataan Biro Kawalan Narkotik (BKN), hari ini, penahanan itu termasuk dua suspek yang telah menyerah diri kepada BKN atas penglibatan mereka dengan sindiket pengedaran dadah jenis syabu.

    Beberapa siri operasi telah dijalankan di sepanjang bulan Ogos di beberapa lokasi di Daerah Belait iaitu di Panaga, Seria dan Kampung Sungai Liang; Kampung Sungai Besar dan Kampung Bukit Beruang di Daerah Tutong; serta Kampung Lambak Kanan di Daerah Brunei dan Muara.

    Dalam operasi tersebut, BKN telah berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 16.4 gram, wang tunai berjumlah $38,284.01, S$215, £90, AS$106 dan RM1, barang kemas, CCTV, alat timbangan digital dan alat-alat perkakas untuk menghisap dadah.

    Individu-individu yang ditahan merupakan ahli sindiket yang berperanan sebagai penjual dadah kecil-kecilan yakni pusher atau runner dadah serta pelanggan dadah kepada suspek-suspek utama sindiket yang telah ditahan pada akhir Julai yang lalu.

    Dadah jenis syabu yang dirampas semasa Operasi Pirates di tiga daerah.

    ATAS & BAWAH: Gambar-gambar suspek yang mempunyai peranan aktif dalam sindiket pengedaran dadah berkenaan.

    Dalam satu kes tangkapan di Kampung Lambak Kanan, BKN telah mendapati seorang individu yang ditahan adalah terlibat dalam kegiatan pembersihan wang haram.

    Individu berkenaan dipercayai telah digunakan oleh salah seorang suspek utama Operasi Pirates untuk menyimpan wang haram iaitu hasil daripada kegiatan jenayah pengedaran dadah dan barang-barang tegahan.

    Kesemua tangkapan ini disiasat di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 dan Perintah Mendapatkan Kembali Hasil Jenayah 2012.

    Dalam kesempatan ini, BKN ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi-agensi perisikan keselamatan dan penguatkuasaan di negara ini atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...