Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pirc Musar presiden Slovenia

    LJUBLJANA, 14 NOV – Pengundi Slovenia pada Ahad memilih Natasa Pirc Musar, calon bebas, sebagai presiden wanita pertama negara itu.

    Musar akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 Disember apabila mandat kedua penyandang presiden Borut Pahor tamat, lapor Xinhua.

    Menurut keputusan awal selepas kira-kira 98 peratus undi dikira, Musar menerima 54 peratus undi berbanding 46 peratus undian daripada pesaingnya Anze Logar, yang merupakan bekas menteri luar dan ahli pembangkang berhaluan kanan Parti Demokratik Slovenia. – Bernama

    Presiden baru dilantik Slovenia, Natasa Pirc Musar meraikan kemenangannya di Ljubljana pada 13 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...