Pirelli menang dua anugerah

Oleh Syahmi Hassan

SINGAPURA, 3 DIS – Syarikat pengeluar tayar terkemuka, Pirelli baru-baru ini telah meraih dua daripada lima anugerah pertandingan ujian tayar pada Asia’s Ultimate Tyres Awards (AUTA) 2022 yang dianjurkan oleh kumpulan media terkenal Singapura, media-EVO.

Menurut kenyataan dari Pirelli yang diterima, anugerah-anugerah tersebut diberikan kepada syarikat yang mempunyai produk yang mencapai skor kumulatif terbaik dalam kategori masing-masing.

Pirelli memenangi anugerah Editor’s Choice AUTO 2022 bagi produk Pirelli P Zero / PZ4 dan Kategori Eko AUTA 2022 bagi produk Pirelli Cinturato P7 / P7C2 dalam kedua-dua segmen Sport dan Touring membuktikan bahawa Pirelli adalah pilihan terbaik untuk setiap pemilik kereta.

P Zero bukan sahaja nama barisan tayar utama Pirelli, tetapi dianggap produk terbaiknya.

P Zero generasi baharu (dikenali sebagai PZ4) sebenarnya terdapat dalam dua versi berbeza, kedua-duanya dioptimumkan untuk aplikasi berbeza. Satu lebih berorientasikan keselesaan untuk salun mewah, dan satu lagi lebih sporty, untuk kereta berprestasi.

Kedua-dua versi menampilkan banyak ciri yang dikongsi oleh semua varian P Zero: corak bunga asimetri yang memberikan lebih cengkaman semasa selekoh namun kurang bunyi dan haus dalam garis lurus, alur membujur lebar untuk menghilangkan air dan mengelakkan aquaplaning dan rekaan tapak berbentuk S di bahagian tengah tayar yang memberikan lebih kestabilan semasa membrek.

Perbezaan utama kedua-duanya terletak pada reka bentuk bunga, dengan versi kereta sport menampilkan sekatan bunga yang lebih besar yang kurang melentur dan meningkatkan kestabilan, serta bahagian permukaan yang lebih besar untuk cengkaman kering yang lebih baik.

Versi salun mewah pula, mempunyai lebih banyak sipes (alur sisi) di bahu untuk mengurangkan bunyi dan meningkatkan keselesaan.

Kompaunnya juga berbeza, jenis sport mengutamakan tingkah laku yang konsisten pada suhu sederhana hingga tinggi, manakala salun meminimumkan rintangan berguling untuk perjalanan yang lebih senyap dan penjimatan bahan api yang lebih baik.