Pirlo ganti tempat Sarri sebagai pengurus Juve

MILAN , 9 OGOS – Bekas pemain kebangsaan Itali dan Juventus, Andrea Pirlo telah dilantik menjadi ketua jurulatih pasukan juara Itali, Juventus, selepas beberapa jam pemecatan Maurizio Sarri, dengan menjanjikan kelab ‘satu bab baharu dalam dunia bola sepak’.

Sarri, 61, meninggalkan Juventus selepas hanya satu musim, sehari selepas gergasi Itali disingkirkan dari Liga Juara-Juara dalam kelompok 16 terakhir di tangan kelab Perancis, Lyon.

Pirlo, 41, yang tidak mempunyai sebarang pengalaman sebagai jurulatih di liga utama, baru-baru ini mengambil alih jawatan ketua jurulatih dan telah menandatangani kontrak selama dua tahun.

“Pemilihan ini berdasarkan kepercayaan bahawa Pirlo memiliki apa yang diperlukan untuk memimpin dari penampilannya di bangku simpanan, skuad yang pakar dan berbakat untuk mengejar kejayaan baharu,” menurut kenyataan dari Juventus.

“Hari ini, bermulanya bab baharu dalam karier bola sepaknya.

”Sarri yang menandatangani perjanjian selama tiga tahun musim lalu, selepas memenangi Piala Europa bersama Chelsea, tetapi gagal untuk mempamerkan gaya permainan yang dijanjikan di atas padang.

Pelantikan segera Pirlo, sehari selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara, sekali lagi membuktikan keputusan berani dari presiden kelab, Andrea Agnelli.

Beberapa orang bekas pemain yang telah mengalas jawatan sebagai pembimbing kelab seperti Zinedine Zidane, Frank Lampard dan Gennaro Gattuso, tetapi Pirlo dilantik tanpa sebarang pengalaman. – AFP

Gambar fail menunjukkan Andrea Pirlo ketika meraikan kejuaraan Serie A bersama Juventus. Pirlo telah dilantik sebagai pengurus Juventus yang baharu, menggantikan Maurizio Sarri. – AFP