Pirlo jurulatih Juventus B-23

MILAN, 31 JULAI – Bekas bintang Itali, Andrea Pirlo (gambar bawah) telah dilantik sebagai jurulatih baharu pasukan bawah 23 tahun Juventus, umum juara Serie A semalam.

“Andrea ialah jurulatih baharu pasukan bawah 23 tahun.

“Selamat datang kembali jurulatih Pirlo,” kata Juventus dalam satu kenyataan.

Pirlo memulakan kariernya di Brescia dan terus bermain untuk pasukan Inter, AC Milan dan Juventus sebelum berpindah pada 2015 untuk dua musim dengan New York City FC di Major League Soccer, Amerika Syarikat.

Selama empat musim bersama Juventus, bekas pemain berusia 41 tahun itu memenangi gelaran Serie A empat kali dan satu Piala Itali.

“Ia adalah jalan cerita yang indah dengan banyak kenangan: menjaringkan gol, melakukan assist dan visi bermain seperti tidak ada pemain yang lain yang mampu membuat sepertinya,” kata kelab itu.

Beliau telah membuat 116 kali penampilan untuk Itali dan Pirlo adalah pemain kunci utama dalam pasukan Itali yang memenangi Piala Dunia 2006.

Dia juga memenangi dua trofi Liga Juara-Juara dan dua gelaran liga bersama Milan sepanjang tempoh 22 tahun kariernya di sana. – AFP