Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Pisau Husa warisan budaya tidak ketara

    CHINA – Pisau Husa, salah satu warisan budaya tidak ketara menikmati sejarah panjang lebih 600 tahun.

    Pisau itu mendapat namanya dari tempat kelahirannya, perbandaran Husa di daerah Longchuan, wilayah Yunnan di Barat Daya China.

    Xiang Laosai, 62, dari etnik Achang di perbandaran Husa, yang pertama kali mempelajari menempa pisau Husa daripada bapanya ketika berusia 14 tahun, telah menghabiskan sebahagian besar masanya sejak itu mendalaminya selama lebih 40 tahun. Kini beliau adalah wakil pewaris peringkat kebangsaan teknik ini.

    Xiang berpegang kepada teknik tradisional dan unik kumpulan etnik Achang untuk membuat pisau Husa, seperti menempa dan mengasah. Dia juga telah menumpukan dirinya untuk memperbaiki penampilan dan watak pisau itu, menjadikan pisau buatan tangannya menjadi sesuatu yang dicari.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Xiang telah menubuhkan bengkel di kampung halamannya untuk mengajar teknik ini secara percuma dan telah menarik lebih daripada seratus pelajar.

    Xiang berkata adalah menjadi tanggungjawab pewaris untuk menurunkan teknik penempaan pisau Husa, kerana ia bukan sahaja milik etnik Achang, tetapi juga merupakan khazanah budaya Cina. – ANN/The China Daily

    Xiang Laosai kelihatan menempa pisau Husa di Lasa, perkampungan perbandaran Husa di daerah Longchuan, wilayah Yunnan di Barat Daya China. – Xinhua
    Xiang Laosai (kanan) mengarahkan perantisnya untuk mengukir corak pada pisau Husa. – Xinhua
    Xiang Laosai memotong botol menggunakan pisau Husa. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -