Pistasio perlu dikembangkan

MARSEILLE – Pistasio merupakan kudapan (snek) kegemaran orang Perancis sebagai penjamu selera, namun kacang itu hanya boleh didapati dari beribu batu jauhnya yang menyebabkan perkara ini menjadi isu kepada mereka.

Petani-petani di kawasan selatan Provence di sini berharap situasi sebegini akan berubah.

Walaupun terdapat tanaman liar pistasio boleh dijumpai seberang bukit-bukau berhampiran laut Mediterranean di selatan Perancis, saki-baki pokok-pokok pistasio diambil dari Syria oleh orang Rom, namun kawasan itu didominasi oleh kebun-kebun buah.

Sekarang, dengan cuaca dalam keadaan kering berpanjangan, ini boleh menjadi petanda bahawa pokok-pokok pistasio, yang tahan kemarau, akan kembali pada masa akan datang.

“Ini adalah risiko, tapi kami masih waras,” kata Jean-Louis Joseph, pengasas kedua dalam organisasi ini menyasarkan untuk mempromosikan tumbuhan kacang-kacangan tempatan.

Kilang manisan Confiserie du Roy di Aix-en-Provence telah mengambil lima tan pistasio dari Amerika dan Sepanyol setiap tahun khusus untuk calisson. – AFP
Kumpulan kecil petani-petani Perancis berharap dapat menanam pokok pistasio di kebun mereka di wilayah Selatan Provence –AFP
Ahli perniagaan Oliver Baussan merancang untuk membeli hasil tanaman pertama pistasio tempatan untuk syarikatnya. – AFP

Pada tahun ini, dia telah menanam 600 pokok pistasio di sekitar tanaman anggur, pokok zaitun, pokok oak di kawasan Luberon. Tanaman itu dilindungi oleh pagar elektrik supaya dihindari dari dimakan oleh rusa.

Dia memilih dua jenis pistasio, iaitu dari Yunani dan yang lain dipanggil Pistasio Keman iaitu berasal dari Iran, pengeluar utama pistasio.

Keman merupakan jenis penghasilan yang tinggi, ia juga digunakan secara meluas di California dan negeri-negeri Amerika yang lainnya, iaitu negara yang mempunyai pelbagai jenis kacang di dunia.

Ini akan mengambil masa selama lima tahun untuk Joseph menuai tanaman yang pertama. Pokok yang masih muda telah menghasilkan bunga berwarna merah yang sangat terang.

“Saya percaya ia akan berhasil, pokoknya masih cantik, kesemua yang saya beli telah menegeluarkan akarnya, kami telah buat kesemuanya dengan betul,” kata Joseph.

Dia juga mengatakan bahawa kajiannya telah memecah rekod setelah membawa balik pokok-pokok pistasio dan pistasio tempatan pasar-pasar Provence pada abad ke-19.

Walaupun tanaman pistasio masih berterusan di Sepanyol dan Itali, tanaman di Perancis masih tidak subur dan mati.

Misi mengembangkan penjualan pistasio

Sekurang dua hektar (25 ekar) pistasio ditanam di Perancis, satu angka di mana organisasi Joseph berharap ianya akan bertambah dua kali ganda pada tahun hadapan.

Menurut Organisasi Pemakanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dari 770,000 hektar tanah, hanya sebahagian kecil saja merupakan tanaman pistasio vera, iaitu nama saintifik kacang tersebut, telah ditanam seluruh dunia.

Selain daripada pasaran snek itu, kudapan. Joseph dan ahli-ahlinya berharap dapat menjual kacang Perancisnya itu kepada kumpulan kosmetik yang menggunakan minyak pistasio, dan mendekati cef pastri dan jenama aiskrim.

Mereka juga telah bersedia untuk berurusan dengan pembeli utama, Oliview Baussan, pengasas L’Occitane en Provence, rangkaian produk kosmetik dan kecantikan dan pemilik Confiserie du Roy Rene, peniagaan konfeksi.

Kilang Confiserie di bandar Aix-en-Provence telah menerima lima tan pistasio di Amerika dan Sepanyol pada setiap tahun yang menjadikannya 50 juta marzipan, inspirasi gula-gula calisson, khusus untuk produk tempatan.

Baussan telah bersumpah untuk membeli tanaman pistasio Perancis yang pertama.

“Saya fikir kami boleh menjumpainya di Provence tetapi itu bukan masalahnya,” kata Bussan semasa berada di kilangnya.

Dia menambah, “apa yang kita lihat, pistasio Amerika pada masa ini memberikan harga yang sangat baik untuk petani tempatan.”

Manakala Cef Pierre Herrme, cef terkenal itu juga sangat berminat untuk mengambil bahan pistasio Perancis, menurut wartawan, pada masa ini, dia bekerjasama dengan pembekal kacang-kacang dari Iran.

Utamakan tanaman pistasio

Pokok pistasio boleh membuktikan bahawa tanaman ini boleh menjadi tanaman pelengkap buat petani di Provence, di mana mereka telah menghadapi musim panas yang berpanjangan pada tahun-tahun kebelakangan ini telah dibantu oleh para saintis dalam perubahan cuaca.

Pokok-pokoknya yang keras hanya memerlukan aliran air yang sedikit di dalamnya dan ia mampu bertahan dengan suhu yang sangat panas atau suhu yang sangat dingin, “mampu bertahan kedua-duanya,” kata Joseph, yang mampu menarik minat 300 orang dalam mesyuarat baru-baru ini untuk mengembangkan lagi pokok pistasio walaupun masih mempunyai organisasi yang kecil.

“Tanpa hujan dalam beberapa tahun ini, sesuatu yang jarang terjadi sebelum ini,” jelasnya.

Pistasio mampu berkembang di atas cerun-cerun batu, di mana tanaman seperti aprikot-aprikot dan ceri-ceri tidak berdaya hidup, memberikan talian hayat buat petani-petani ketika cuaca yang tidak menentu ini.

Pegawai kerajaan mengatakan satu per empat dari ladang berhampiran wilayah selatan-timur Provence-Alps-Cote d’Azur telah hilang dalam beberapa abad lalu.

“Anda mesti menanam tanaman pistasio daripada menjual tanah anda kepada pemaju hartanah,” kata Gergia Lambertin, Ketua lembaga pertanian untuk bahagian Vaucluse. – AFP