Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Piston muncul johan perlawanan futsal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Pasukan Piston muncul johan dalam perlawanan futsal Keep Fit and Ride Programme 2022 yang dianjurkan oleh Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

    Manakala pasukan Fuel Cap A berada di tempat kedua dan Fuel Cap B meraih tempat ketiga dalam perlawanan futsal berkenaan.

    Perlawanan akhir di antara Piston dan Fuel Cap A diakhiri dengan keputusan 1-1 yang mengheret perlawanan ke sepakan  penalti, yang berkesudahan Piston berjaya mengalahkan Fuel Cap A dengan jaringan 3-1.

    Sementara itu, majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

    Para pemain kejohanan terdiri daripada ahli-ahli persatuan berkenaan yang dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Fuel Cap, Piston, Injector dan Sprocket.

    Keep Fit and Ride Programme merupakan acara sukan yang dikendalikan bertujuan untuk mengekalkan cara hidup sihat dan mengisi masa beriadah sekali gus mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli.

    Pengiran Haji Redzuan bergambar dengan Pasukan Piston dalam perlawanan futsal Keep Fit and Ride Programme 2022 di Kompleks Sukan Tutong. – Gambar serahan Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...