Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PIVB positif saham sektor minyak dan gas cecah paras tinggi

    KUALA LUMPUR, 27 Sept – Public Investment Bank Bhd (PIVB) berpendapat saham sektor minyak dan gas ‘overweight’ atau lebih bernilai selepas penanda aras semalaman harga minyak mentah Brent ditutup pada AS$58.44 setong, mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015.

    Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata kenaikan harga berkenaan disokong terutamanya oleh ancaman Turki untuk menutup saluran paip yang melalui utara Iraq, dan kebimbangan loji penapis Amerika Syarikat yang terjejas semasa musim taufan.

    “Ini menjadikan harga minyak mentah Brent pada AS$60 setong dan dengan itu kami meningkatkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor tersebut, berdasarkan kepada penstabilan harga pada paras yang lebih tinggi, dan dengan itu menggalakkan pulangan dalam aktiviti,” katanya.

    Mengenai masa depan, PIVB menganggarkan harga purata minyak mentah Brent akan didagangkan pada AS$50 setong pada 2017 dan AS$55 setong pada 2018.

    Harga minyak mentah dijangka stabil. Anggaran kami berdasarkan pada harga purata minyak mentah Brent setakat ini tahun ini dan pasaran niaga hadapannya masing-masing pada AS$52.40 setong dan AS$49 setong, bagi separuh kedua 2017 akan mengimbangi tahun dengan anggaran kami pada AS$50 setong untuk tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda