Pizza Hut buka cawangan di Sg Liang

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Dalam memberi keselesaan kepada orang ramai untuk menikmati piza mereka, Pizza Hut Brunei telah membuka cawangan baharu di Sungai (Sg) Liang yang dibuka rasmi, hari ini.

Cawangan ke-17 Pizza Hut Brunei itu terletak di Kampung Gana, Mukim Liang yang bukan sahaja akan menawarkan perkhidmatan mereka kepada penduduk di Sungai Liang dan kawasan Lumut malah kepada semua penggemar piza di negara ini.

Cawangan baharu berkenaan merupakan cawangan ketiga di Daerah Belait di mana dua cawangan lagi adalah cawangan Kuala Belait dan Seria.

Pizza Hut Brunei sudah memberikan perkhidmatan mereka kepada rakyat dan penduduk ini negara ini sejak 28 tahun yang lalu di mana cawangan pertama adalah di Gadong pada 1993.

Cawangan ketiga Pizza Hut Brunei di Daerah Belait yang terletak di Sungai Liang.