Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Pizza Hut Brunei telah memperkenalkan piza terbarunya iaitu Piza Serunding Ayam yang kini boleh didapati dengan tiga topping berbeza, Klasik, Ayam dan Pepperoni Floss Pizza.
Piza Serunding Ayam ini boleh didapati ke semua cawangan Pizza Hut Brunei di negara ini dan para pelanggan bolehlah juga memilih tiga roti berbeza bagi piza mereka iaitu Pan Pizza, Stuffed Crust Pizza atau Artisan Pizza.
Di samping itu, Pizza Hut Brunei turut memperkenalkan hidangan menu Pillow Puffs yang disaluti dengan serbuk coklat dan gula serta sos celup yang manis, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan dan orang yang tersayang.


Pegawai Perhubungan Awam Pizza Hut dan Dairy Queen, Dayang Izan Zein turut menyatakan bahawa Promosi Wow kini dilanjutkan lagi dengan tawaran diskaun 50 peratus bagi pelbagai pilihan pembuka selera, pasta dan juga hidangan nasi.
Tawaran promosi ini boleh didapati dengan setiap pembelian piza ala carte termasuk Piza Serunding Ayam bersaiz sederhana ataupun besar dan promosi ini terhad bagi perkhidmatan penghantaran dan juga bawa balik sahaja.
Dayang Izan Zein berkata lagi, Pizza Hut Brunei akan sentiasa berusaha untuk menampilkan produk inovatif yang digemari ramai pelanggan dan akan sentiasa membawa pelbagai perubahan dalam rekaan premisnya.